SISMex Courier

https://sismex2u.blogspot.com

Tuesday 7 June 2016

Homestay Sri Lovely

Berkunjung ke Sik, Kedah tidak sempurna jika tidak mengunjungi Homestay Sri Lovely kepunyaan Kapten (B) Zakaria yang indah dengan permandangan semula jadi kehidupan petani dengan sawah bendang tanaman padi yang menghijau.

Kehadiran pejuang-pejuang alam ke homestay disambut meriah dan penuh dengan aktiviti yang telah diatur. Sampai sahaja disebelah malam kami diberi taklimat tentang penerokaan semula hutan tebal peninggalan tapak sawah padi hampir 40 tahun ditinggalkan dan dibangunkan semula oleh Kapten (B) Zakaria bekas komando ATM.

Menyingkap kepayahan dan rintangan yang dihadapi menjadi pendorongan semangat untuk  meneruskan cita-cita beliau membangunkan petani dengan konsep padi organik yang menjimatkan dan mengeluarkan hasil yang banyak tanpa bebanan serta kekangan yang dihadapi petani sekarang.

Dari penyediaan benih padi yang baik, tapak sawah, semaian, penghindar serangga, proses pengeringan, sistem pengaliran air yang menjimatkan menjadikan tanaman padi organik hidup subur tanpa penggunaan racun cemical yang digunakan oleh kebanyakan petani sekarang yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Terhasilah sistem SRI LOVELY milik Kapten (B) Zakaria.

Hasil kajian yang dijalankan mendapati sistem penanaman padi SRI LOVELY begitu membanggakan dengan pencapaian 1 hektar tanaman padi organik menghasilkan 14 tan padi berbanding cara komersial 1 hektar hanya 5-6 tan padi. Sistem SRI ini telah mendapat pengiftirafan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pihak Jabatan Pertanian Malaysia. Indonesia, Kemboja dan Brunei telah menggunakan sistem SRI.

Pembuatan baja organik dari bahan-bahan tempatan seperti rebung, ubi gadong, sisa buah-buahan, kurma dan lain-lain begitu mudah didapati dan menjimatkan. Dengan kata lain sistem SRI ini tidak menggunakan 1 titik racun pun seperti petani moden sekarang yang tidak lari dari menggunakan racun serangga, baja cemical yang membantutkan hasil tanaman dan mendatangkan musibah kesihatan tanpa disedari.

SRI (Sabar, Ridho, Istiqomah) LOVELY adalah sistem cara terbaik dalam penghasilan padi organik yang memberi pulangan lumayan dan produk halalan toyibban tanpa ragu lagi. Berhijrahlah kepada penggunaan padi/beras organik untuk sistem pemakanan kita. Semoga apa yang kita makan menjadi darah daging dari sumber halalan toyibban.

Pejuang Alam,
Sri Lovely Homestay
Sik Kedah.